Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl – “Sepatutnya Hujung Bulan Tapi Dia Lahir Seminggu Awal…”

Fiza Kamarudin 22/09/2021 | 10:36 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 7.07 malam semalam (Selasa), seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
Suami Ayda, Nabil Mahir ketika dihubungi Gempak berkata bayi sulung mereka dilahirkan dengan berat 2.77 kilogram.
Sambil mengucapkan rasa syukur, Nabil memberitahu ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja. Sekarang ini mereka sedang tidur.
“Sebenarnya saya masih dalam keadaan tidak percaya yang bermula semalam, kami dah naik pangkat jadi ‘mummy dan daddy’.
“Apapun saya bersyukur kerana urusan Ayda melahirkan puteri kami dipermudahkan. Proses berjalan lancar dan hanya mengambil lebih kurang satu jam sahaja,” katanya teruja.
Selain itu Nabil turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak mereka.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya. Doa kalian amat bermakna buat kami. Kepada yang menghantar ucapan tahniah juga, kami sangat menghargainya.
“Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Doktor Seri Suniza Sufian kerana telah memberikan yang terbaik sejak awal kehamilan Ayda sehingga melahirkan,” katanya.
Ditanya tentang nama puteri sulung mereka, Nabil berkata, dia dan Ayda belum memilih nama yang sesuai.
“Kami belum pilih nama lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat ini. Banyak pula nama yang best, tak tahu nak pilih yang mana satu,” katanya ketawa.
Ayda sebelum ini pernah berkongsi suka duka sepanjang kehamilan menerusi #GTheUntoldStory dan secara ekslusif mendedahkan tarikh kelahiran serta memilih kaedah bersalin secara pembedahan, sebelum membuat pengumuman secara rasmi.
#Anak #Ayda Jebat #Nabil Mahir
;