Laman Utama

Ayda Jebat & Suami Wajibkan Saudara-Mara Lakukan Ujian Saringan Sebelum Berziarah

gempak
Izwan Isa
03/05/2022
02:50 MYT
Sponsor Banner
Ayda Jebat & Suami Wajibkan Saudara-Mara Lakukan Ujian Saringan Sebelum Berziarah

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri ketika fasa transisi endemik COVID-19.

Bagi Ayda Jebat, untuk memastikan seluruh ahli keluarganya terhindar daripada jangkitan virus berkenaan, penyanyi dan pelakon itu memberitahu yang setiap ahli keluarga yang ingin menziarahi rumah mereka perlu melakukan ujian saringan kendiri terlebih dahulu.
Katanya, rutin saringan berkenaan terpaksa dilakukan kerana negara masih lagi berjuang untuk memerangi wabak berbahaya tersebut.
“Bagi saudara-mara yang ingin datang berziarah, kami minta mereka untuk buat ujian saringan sebelum datang.
“Kemudian, mereka perlu hantar keputusan saringan tersebut dalam group Whatsapp beserta nama dan juga tarikh saringan dilakukan.
“Sama juga dengan kami. Jika kami nak ke rumah mak, kami satu keluarga akan buat ujian saringan sebelum berjumpa. Hal ini merupakan perkara wajib yang kami tetapkan untuk lebaran kali ini,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi pula dengan persiapan raya puteri sulungnya, Ana Nayla, Ayda menjelaskan persediaannya yang dilakukan adalah secara sederhana.
“Tahun ni, baju raya kami sepasang sahaja. Nayla pun sepasang sebab dia tak suka pakai baju kurung.
“Disebabkan masih dalam suasana COVID-19, saya dan Nabil pun tak beria… dan Nabil juga sangat berhati-hati untuk sambutan raya kali ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live