Ayda Jebat Syukur, Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Mommy And Dadaa Back To Zombi World”

Mya Amri
Disember 12, 2023 14:53 MYT
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengucapkan rasa syukur selepas selamat melahirkan anak kedua pada Selasa.

Berita gembira itu dimaklumkan Ayda menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua… Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan.. Terima kash atas semua doa kalian.

“12.12.2023… (Tak ada sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan jadi bayi comel itu sedang memegang jari Ayda.

Sementera itu di ruangan komen pula, rata-rata pengikut juga turut mengucapkan tahniah kepada Ayda dan suaminya, Nabil Mahir.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.

#Bersalin #Ayda Jebat #Cahaya Mata #Nabil Mahir #Anak Kedua