HIBURAN
Ayda Jebat Tak Buat Kerja Rumah Sepanjang Duduk Dengan Mentua - “Inilah Waktu Yang Kita Dah Bersedia Untuk…”
Empat tahun duduk bersama keluarga mentua, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat kini dalam proses untuk berpindah rumah baharu.
Berpindah rumah
Menerusi temu bual di TikTok, Ayda berkata sudah tiba masa untuk dia berpindah memandangkan rumah yang dibeli sudah siap diubah suai.
“Ikutkan sekarang memang tengah sibuk pindah rumah. Macam dah empat tahun duduk dengan keluarga Nabil.
“Beli rumah dah lama, tapi baru saja siap ubah suai dan interior designer semua baru saja siap. Jadi, ini la waktu yang kita dah bersedia untuk pindah,” kongsinya.
Tak buat kerja rumah
Pada perkongsian yang sama, Ayda mengakui dia tidak melakukan kerja rumah termasuklah memasak sepanjang duduk bersama mentuanya.
“Kehidupan sendiri? Saya tak dapat nak jangkakan apa akan berlaku. Sebab sebelum ini saya duduk dengan keluarga Nabil, memang bukanlah goyang kaki tapi macam tak boleh buat apa.
“Makan pun orang masakkan. Dia ada tukang masak. Anak pun ada orang jaga kat rumah, jadi saya boleh pergi kerja. Yang ini pula tiba-tiba kita kena duduk sendiri.
“Walaupun ada pembantu tapi kita mestilah kita macam ‘queen’ dalam rumah yang nak kena fikir nak masak apa, esok nak beli barang siapa yang nak beli.
“Bukan dalam dilema, tapi macam ‘boleh ke aku buat?’. Sebab pertama kali kan… dulu duduk bujang bolehlah. Macam dengan anak, dia nak makan apa nanti. Kalau tak ada barang, siapa nak pergi beli,” ujarnya.
undefined