Penampilan penyanyi Ayda Jebat berambut kembang di sebuah program realiti pada minggu lalu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Malah Ayda memberitahu, dia juga menerima banyak mesej di laman Instagram antaranya gambar watak hantu ‘sundal bolong’ disebabkan imej tersebut.

Bukan itu sahaja, Ayda yang juga seorang pelakon itu turut digelar sebagai ‘Mak Limah’ ketika keluar berjalan-jalan.

“Saya ada terima pelbagai DM antaranya hantar gambar sundal bulong la, tapi sebenarnya sebelum nak buat rambut itu, hairstylist tak tahu yang saya nak rambut macam itu.

“Ikutkan dia nak buat gaya rambut lain… tapi saya nak style tahun 80 an macam itu. Dia pun macam nak tak nak buat sebab gaya rambut itu akan ambil masa 3 hari untuk cuci.

“Sebab saya memang tak pakai wig pun. Sekarang ini, saya keluar pun ada orang masih panggil mak limah, sundal bulong la… tak apa la saya terima saja,” katanya kepada Gempak.

Ayda yang juga seorang pelakon itu ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu Eucerin Even Radiance di IOI CIty Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Majlis pelancaran itu juga dihadiri oleh duta produk tersebut iaitu pelakon yang terkenal menerusi drama siri Money Heist Korea iaitu Jeon Jong Seo.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.