Ayie Floor 88 Dedah Wajah Baby, Ramai Geram! - “Cute Sangat Nayla Amanda Ni”

Mya Amri
Ogos 22, 2022 06:42 MYT

Buat pertama kalinya vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Ilham mendedahkan wajah anak sulungnya, Nayla Amanda.

Ayie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memaklumkan usia puteri kesayangannya kini gelap sebulan.

“Assalammualaikum, hari ini genaplah sebulan umur puteri sulung kami Nayla Amanda. Alhamdulilah dengan ini saya kongsikan wajah Amanda,” tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan yang memuji kecomelan wajah Amanda.

Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 24, sebelum ini memilih untuk tidak mendedahkan wajah anaknya terlalu awal.

Ayie mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Natasha Ahmad Nawawi atau Tasha Awie, 23, pada 21 Oktober tahun lalu.

#Wajah Anak #Ayie Floor 88 #Nayla Amanda