Ayie Floor 88 Tamatkan Zaman Bujang Bersama Tasha Awie, Tahniah!
Azwa Rahman
21/10/2021 07:45 MYT
21/10/2021 07:45 MYT
Vokalis kumpulan Floor 88 Ayie sah bergelar suami kepada Tasha Awie pada Khamis selepas 10 bulan mengikat tali pertunangan.
Menerusi laman sosial Instagram, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 23, berkongsi momen siaran langsung majlis akad nikah yang diadakan serba sederhana untuk tatapan umum.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir dengan sekali lafaz di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor kira-kira pukul 10.20 pagi.
Dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu, Ayie menyerahkan mas kahwin RM1000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah dan doa agar rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, tahniah Ayie dan wife. Selamat pengantin baru,” tulis Datin Almy Nadia.
“Syukur alhamdulillah, congratulations,” ucap Bella Astillah.
“Tahniah brother, happy for you both,” ujar Syamel.
“Tahniah, semoga kekal till jannah,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah Ayie dan Tasha, selamat pengantin baru. Semoga berkekalan sehingga ke jannah,” komen seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, mengikat tali pertunangan di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur pada Januari lalu.
Kredit foto: cstproduction dan project2pi