HIBURAN

Ayu Damit Terkejut Nama Tiba-Tiba Terseret Dalam Isu Ibu Anna Jobling

Amri Hassan 19/08/2025 | 13:55 MYT
Penyanyi Ayu Damit terkejut apabila namanya tiba-tiba dikaitkan dalam perbualan warganet mengenai ibu kepada pelakon Anna Jobling.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ayu memaparkan tangkap layar daripada ruangan komen di sebuah laman sosial yang membincangkan wajah ibu dan anak selebriti itu.

Apa yang mengejutkan, salah seorang pengguna media sosial secara tiba-tiba menyebut nama Ayu Damit sambil mengaitkannya dengan isu warna kulit orang Sabah.

Ayu bagaimanapun pantas memberikan reaksi dengan menulis di InstaStory:

“Apa kena mengena gan aku erkkkk!!!!!! Adoiii Alamak tuannnn," tulisnya.



Ternyata bintang Gegar Vaganza musim ketujuh itu hairan kerana dirinya langsung tidak ada kena mengena dengan perbincangan tersebut.

Perkongsian Ayu itu turut mencuit perhatian ramai kerana jelas menunjukkan rasa lucu dan pelik apabila dirinya dikaitkan tanpa sebab yang jelas dalam isu yang tular di ruangan komen tersebut.
#Viral #Sabah #Ayu Damit #Anna Jobling #Kulit #Ariz Ayop