Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ayu Nazirah Jawab Tuduhan Tak Berasas Isu Selisih Faham Dengan Ibu, Akui Maria Farida Bukan Punca

Gempak
19/11/2023 00:55 MYT
Anak kepada Nourul Depp dan Ajai, Ayu Nazirah tampil memberikan kenyataan mengenai kesalahan penulisan tajuk oleh satu agensi berita mengenai isu perselisihan faham yang pernah tercetus antara dia dan ibunya.

Ayu menerusi kemas kini di Instagram berkata, isu perselisihan faham itu sudah selesai dan ia tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun seperti yang didakwa oleh penulisan berkenaan.

BERITA TRENDING: Nourul Wahab Luah Rasa Seperti Dipinggirkan Anak, Ajai: “Sebagai Bapa Saya Pujuk Ayu…”

“Baru-baru ini, ayah saya ditemu bual dan ada satu media salah guna ayat untuk tajuk artikel. Saya rasa ia bukan satu hal yang tidak betul. Jadi, saya nak betulkan keadaan.

A post shared by AyuFit ??? (@ayu_ace)


“Ya, (saya) ada pergaduhan dengan ibu saya. Tetapi, saya sudah mohon maaf dan perbetulkan segalanya dengan ibu saya. Apa yang saya nak betulkan, Datin Seri Maria Farida bukan penyebabnya (pergaduhan).

“Apa yang berlaku antara saya dan ibu saya, biarlah antara saya dan ibu saya. Saya harap semua dapat hormati hal itu,” katanya.

Ayu turut memohon agar tidak terus menulis tajuk artikel yang boleh membawa kepada fitnah, atau tuduhan tidak berasas kepada orang lain.

BERITA TRENDING: Ajai Dedah Ayu, Nourul Dah Berbaik Semula! - "Dua-Dua Dah Dewasa..."

“Hanya dengan tajuk, tolong berhenti fitnah atau menuduh seseorang yang tidak pernah berbuat salah dan sangat baik dengan saya.

“Dan tolong hentikan segala hal mengarut tentang isu ini. Saya dan ibu sudah berbaik dan harap dapat meneruskan kehidupan dengan privasi,” katanya yang turut mengucap terima kasih kepada individu yang sentiasa berada dengannya.

#Maria Farida #Ayu Nazirah
;