Azad Jasmin Pernah Temuduga Jadi Pramugara 13 Kali, Tapi Gagal Sebab ...
Amri Hassan
05/08/2020 13:50 MYT
05/08/2020 13:50 MYT
Pelakon Azad Jasmin mendedahkan pernah menghadiri sesi temuduga untuk bergelar pramugara sebanyak 13 kali.
Kata Azad, sebanyak lima kali sesi temuduganya ditolak oleh sebuah syarikat penerbangan popular tempatan atas faktor usia.
"Saya pernah ke temuduga untuk menjadi pramugara Malaysia Airlines sebanyak 13 kali.
"Ketika di Pulau Pinang, kesemua temuduga di tiga buah hotel saya telah pergi namun lima kali saya ditolak ketika fasa pertama.
"Alasan mereka kerana saya baru berusia 15 tahun ketika itu, mungkin sebab tak sabar nak pakai baju seragam hijau pramugara," jelasnya menerusi rakaman video YouTube Zarul Umbrella baru-baru ini.
Tambahnya, ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Azad mencuba nasibnya lagi.
"Ketika ditemu bual, saya disoal kenapa saya nak bekerja sebagai pramugara?
"Jawapan saya ketika itu kerana saya tinggi dan kacak. Kemudian saya gagal lagi," ceritanya.
Kali terakhir Azad akhirnya lulus dan dipanggil ke ibu pejabat di Kelana Jaya untuk fasa berikutnya.
"Sebelum ke temuduga, ibu saya memberikan beberapa surah untuk dihafal berserta nasihatnya.
"Ketika sedang menunggu, saya jadi berkecamuk dan akhirnya saya menolak tawaran tersebut.
"Memang menyesal sebab susah nak dapat," katanya yang pernah beratur panjang di luar hotel demi mendapatkan sesi temuduga pramugara.
Kerjaya pramugara menjadi idaman Azad memandangkan kredibiliti dan persona yang ditampilkan kru penerbangan ketika era 1990-an.
Dalam video sama, isteri Azad, pelakon Eira Syazira turut berkongsi minatnya untuk menjadi pramugari sejak bangku sekolah.
"Namun, minat itu berubah ketika membesar dan saya berpeluang untuk menjadi 'pramugari' ketika menjadi pelakon," tambahnya.
Zarul dalam masa sama turut berkongsi pengalamannya menjadi pramugara selama 16 tahun sejak tahun 2000.