Azah Aziz Kongsi Throwback Zaman Bergelar Finalis Dewi Remaja!

Asraf Aided
Januari 2, 2019 09:17 MYT
Pelakon terkenal era 90-an, Azah Aziz berkongsi momen ketika dia bergelar finalis dalam pertandingan Dewi Remaja bagi tahun 1987 dan 1988.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Pada masa yang sama, Azah turut mengucapkan selamat berjaya untuk semua finalis Dewi Remaja sessi 2018 dan 2019 yang kini sedang berlangsung.
"Sempena musim Dewi Remaja sekarang, saya nak ucapkan good luck to all new comers for Dewi Remaja 18/19.
"Saya dulu pun finalis juga, Aleeza Kasim yang menang ketika itu, dia masih 'vass' dan aktif berlakon," tuisnya sebagai kapsyen.
Diacarakan oleh Scha Alyahya, Dewi Remaja 2018 / 2019 bersiaran setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123) bermula 25 November.
#Azah Aziz