Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Azal Nak Kahwin, Dia Nak Perempuan Yang...”- Zarina Zainuddin Cari Jodoh Untuk Anaknya

Syafiqah Jalal
25/06/2019 23:29 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin sedang mencari jodoh untuk anaknya, kembar autisme iaitu Muhammad Raizal Azrai, 23, yang meminta untuk berkahwin.

Ia berpunca selepas Raizal Azrai atau Azal dilihat menonton filem di dalam laman Netflix yang mempertontonkan adegan sex tidak ditapis.

Ketika ditegah ibunya, Azal menberitahu dia sudah dewasa dan boleh berkahwin.

Ia dikongsi Zarina menerusi rakaman video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen entri tersebut, Zarina memberitahu anaknya mahu berkahwin dan dia meminta sesiapa yang sudi untuk berkahwin dengan anaknya untuk menghubunginya.

“Azal anak yang baik.. azal dah dewasa rupanya..
#netflixmovies

“Azal cakap semalam dia nak kawin, siapa yang sudi kawin dengan azal boleh dm saya,” tulisnya.

Bagaimanapun Zarina memberitahu Azal mahukan gadis yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

“Tapi Azal nak perempuan rambut panjang, putih melepak, tinggi lampai dan pandai baca AlQuran,” katanya.

Rata-rata berdoa agar Azal bertemu dengan jodoh dan wanita idamannya.

Zarina mempunyai seorang lagi anak kembar autisme Muhammad Razil Azrai, 23.

Azal anak yang baik.. azal dah dewasa rupanya.. #netflixmovies Azal cakap semalam dia nak kawin siapa yang sudi kawin dengan azal boleh dm saya Tapi azal nak perempuan rambut panjang putih melepak tinggi lampai dan pandai baca AlQuran ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

#Kahwin #Anak #Zarina Zainuddin #Kembar #Kahwin #Autisme
;