Instafamous Azfar Heri menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri majlis persandingan pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel baru-baru ini.

Jelas Azfar, dia sentiasa memakai pelitup separuh muka sepanjang majlis melainkan ketika bergambar dan makan.

"Guysss, im wearing mask dont worry cuma time ambik gambar and makan duduk dekat meja I bukak sebab I non stop makan je.

"Balik rumah pun sebelum masuk i sanitize my hands and mandi terus. Thank you for your concern.

"Aku bawak hand sanitizer everywhere kot and pakaiiiii selalu, astagfirullahalazim," jelasnya menerusi ciapan di Twitter.



Terdahulu, Azfar yang turut hadir pada majlis persandingan Ernie dan Syamel telah berkongsi fotonya bersama pasangan itu di atas pelamin.


Malah, Azfar turut bergambar kenangan bersama beberapa artis lain antaranya Ziana Zain dan Anuar Zain.

Majlis persandingan Ernie dan Syamel turut dihadiri rakan selebriti lain antaranya Awal Ashaari, Scha Alyahya, Nadia Brian dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.