Azhan Rani Lebih Memahami Perasaan Mangsa Rogol Dalam Isteri Halal - "Bukan Mudah Untuk Mereka Buat Pengakuan..."
Syafiqah Jalal
21/05/2023 07:34 MYT
21/05/2023 07:34 MYT
Meskipun baru sahaja muncul di pertengahan cerita, watak aktor Azhan Rani memberi kesan dan impak buat drama hit terbaharu di Astro Ria, Isteri Halal.
Membawakan watak sebagai Doktor Farhan iaitu seorang pakar psikologi, Azhan memberitahu ia satu perkara yang berbeza dan baharu selama dia menceburi bidang lakonan.
Kata Azhan ia satu karekter yang matang dari segi semua aspek terutama emosi dan perkembangan watak.
Menariknya, buat pertama kali Azhan membawa watak sebagai pakar psikologi yang mengendalikan masalah pesakit termasuk yang menjadi mangsa rogol.
Berikut merupakan lapan soal jawab bersama Azhan yang berkongsi lanjut mengenai watak dan pengalamannya memasuki set bermula pada episod 40.
#1 Kongsikan bagaimanakah karakter Azhan Rani dalam Isteri Halal?
Saya membawakan watak Doktor Farhan-pakar psikologi, bekas suami watak Adelia, cinta mereka tak kesampaian dan bertemu kembali dan di situ ada perjalanan kisahnya.
#2 Apa yang membuatkan anda tertarik dengan watak Doktor Farhan?
Bila dihubungi untuk terlibat dalam drama ini, saya terkejut sebab saya ingat hanya cameo 1 atau 2 scene. Tetapi bila diterangkan, saya jadi takut dan hampir menolak tetapi memandangkan saya pernah kerja dengan produksi ini dan tahu karya-karya yang produksi ini lakukan, jadi susah untuk saya tolak sebab saya senang kerja dengan mereka dan karya memberi kebaikan kepada saya sebagai progres sebagai pelakon.
Jadi saya diyakinkan bahawa untuk cerita ini, saya kena dengan watak ini. Cabaran sebab tak pernah pegang watak begini, jadi saya terima. Tanggungjawab yang tak patut saya tolak.
#3 Apakah perbezaan watak kali ini dengan watak-watak yang pernah dilakonkan?
Berbeza dari karier, psikologi, emosi dan kematangan watak ini. Totally berbeza dengan watak dan Azhan itu sendiri. Bukan tugas mudah tetapi saya tak letak sebagai tugas susah kerana skop dia walaupun pakar psikologi, dia lebih kepada hubungan dengan Adelia.
#4 Azhan masuk ke set setelah drama ini separuh berlangsung. Sukarkah?
Dia satu tugas yang agak susah kerana saya masuk episod 40 ke atas dan hujung-hujung. Terus terang saya tahu perkembangan drama ini tapi tak saksikan dari peringkat awal .
Saya tahu setiap watak ada jenama dan pengikut, jadi kemunculan saya akan samada beri kejayaan atau musnahkan. Itu beban yang saya fikir. Saya rahap kemunculan Doktor Farhan tak rosakkan progres cerita dan makin hangatkan kisah dalam Isteri halal dan harap beri warna kepada progres drama Isteri halal.
#5 Apakah cabaran watak kali ni?
Progres penggambaran berlaku cepat kerana dalam melakukan penggambaran drama berlangsung di televisyen dan saya perlu cepat. Sebab kemunculan saya lambat dalam drama jadi saya perlu pick up dan segalanya denga cepat. Kenal watak saya dan kenal watak lain, saya kena blend diri saya dalam famili yang mantap. Dan saya kena bekerja dengan dua team. Satu hari saya kena gerak ke dua lokasi. Kena ready mental dan fizikal. Kena adapt perkara itu.
#6 Pernah tak berpengalaman bertemu dengan mangsa rogol?
Tak pernah.
#7 Apakah nasihat untuk mangsa rogol?
Ini saya bercakap sebagai Azhan Rani, bila saya menyelusuri kisah mangsa rogol terutama dalam Isteri halal, tak semudah untuk kita tanya pada mereka kenapa tak report dan orang boleh cakap apa sahaja selagi tak berada di tempat mereka.
Pada mangsa rogol buka pekung atau beri pengakuan, itu bukan mudah dan ia beri kesan emosi berpanjangan dan trauma. Saya lebih memahami keadaan mental dan emosi bila bersama dalam karya ini dan bukan mudah untuk mereka pergi membuat pengakuan kerana mereka memberitahu keadaan diri mereka.
Tetapi damage has done, macam mana pun perlu cari jalan yang betul, saluran yang betul. Kerana kesan emosi dan trauma jika tak terkawal , akan beri impak yang lebih buruk kepada mangsa dan jadi mangsa perlu berani ke depan. Ada badan-badan dan saluran yang betul yang boleh bimbing dan selamatkan mereka.
#8 Kenapa audiens kena tengok Azhan Rani dalam Isteri Halal?
Kerana kemunculan Doktor Farhan akan beri 1001 persoalan samada terutama Adelia adakah kehidupannya lebih baik atau lebih musnah selepas ini. Tonton hingga akhir.
Isteri Halal kini ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang memaparkan kisah rumah-tangga yang dibayangi curang.
Secara ringkas, ia mengisahkan mengenai Adellea (Isyariana) telah meninggalkan keluarganya demi berkahwin dengan Zayn (Aidit Noh), namun bahagianya sementara apabila Zayn jatuh hati pada kawan baik Adellea sendiri, Eyra (Uqasha Senrose).
Dalam pada itu Daniel (Nazim Othman) jejaka antagonist yang mencintai Eyra dan sanggup membuat apa sahaja demi cinta Eyra.
Pelakon hebat yang terkenal dengan watak antagonis ini bakal bergabung dengan Radius One demi membawa lebih drama kepada penonton slot Tiara!