Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Azhan Rani Pun Melatah, Tak Larat Nak Tengok Asyik Gelak Je” – Kampung Latah Kena Kuarantin Lulus!

Mya Amri
16/09/2021 09:35 MYT
Penangan filem terbaharu Astro Shaw, Kampung Latah Kena Kuarantin ini boleh tahan juga rupanya!
 
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata penonton memberikan komen-komen positif dan menyatakan rasa seronok melihat telatah para pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin.
 
Lebih-lebih lagi bahagian melatah, tidak cukup dengan Nazia Mustafar dan Ieda Moin, pelakon utamanya iaitu Azhan Rani juga merukan seorang kaki latah.
 






Jadi sudah pasti boleh bayangkan betapa huru-haranya kisah penduduk Kampung Latah Permai selepas satu kampung dijangkiti wabak melatah.
 
Jadi jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin bermula 9 September di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).
 
Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand.

 
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
 
Sinopsis:
 
Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.
 
Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).
 
Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha).
 
Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.
 
Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati.
 
Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan.
 
Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian.
 
Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.
#Astro Shaw #Kampung Latah Kena Kuarantin