Aktor Azhar Sulaiman tampil mempertahankan diri susulan kenyataan pengacara Janna Nick di laman Instagram mengenai ‘pelakon veteran’ yang dipercayai ditujukan kepadanya.

Azhar menerusi Instagram mempersoalkan tindakan Janna dan pihak produksi yang menggunakan perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan sebagai bahan usikan.

“Jangan ingat pelakon veteran ini tidak cerdik menilai! Mami telah menonton FD dari minggu pertama. You tahu perangai Fyna macam mana kan Janna dan team FD?

“Why every week keep on poking dan usik Fyna fasal her secret marriage?” soal Azhar.

Azhar juga ingin mengetahui adakah Janna akan bertanyakan soalan yang sama jika pasangan Ayda Jebat dalam program tersebut adalah isteri kedua kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

“Kalaulah pasangan Ayda Jebat is Ira Kazar… would you have ask the same questions and buat approach yang sama?

“I am sad if you think i am too shallow to evaluate (saya sedih jika anda fikir saya terlalu cetek untuk menilai). Saya bukan sekadar pelakon,” kata Azhar.

Terdahulu nama Janna Nick secara tiba-tiba dipetik menjadi punca perbalahan antara penyanyi Fyna Jebat dengan madunya, Datin Zalina Zaini.

Malah Janna turut meluahkan rasa berang dan kesal terhadap seorang pelakon veteran yang menuduhnya sengaja ingin menyakiti isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan.

Sebelum itu, Azhar menerusi Instagram meminta produksi program TV itu berhenti membuat jenaka mengenai perkahwinan Fyna dan Zainal bagi menjaga perasaan isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu, Datin Zalina Zaini.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.