Laman Utama

Azhar Sulaiman & Fizz Fairuz Pertahankan Fyna Jebat, Janna Nick Pula Minta...

Syafiqah Jalal
24/01/2023
23:46 MYT
Pelakon, Azhar Sulaiman dan Datuk Fizz Fairuz menegur pengendalian sebuah program realiti hiburan yang didawa telah menyentuh perihal rumah tangga peserta sehingga dikatakan melampaui batas.
Fizz Fairuz yang memuat naik semula tangkap layar hantaran Azhar Sulaiman di laman Instagram itu meminta pasukan produksi supaya menghormati dan tidak mempersendakan perihal rumah tangga penyanyi Fyna Jebat yang menjadi isteri kedua kepada jurulatih Datuk Zainal Abidin Hassan.
"Kepada pasukan Famili Duo, sila elakkan daripada membuat lawak atau memberi komen mengenai rumah tangga Fyna Jebat.
"Awak semua perlu menjaga hati dan perasaan Datin Zalina Zaini (madu Fyna Jebat) yang juga anak saudara saya,”tulis Azhar Sulaiman.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai termasuk pengacara program realiti berkenaan iaitu Janna Nick dan menegaskan ia bukanlah salah dirinya bertanya soalan sedemikian.
Kata Janna, dia sendiri tidak tahu perihal rumah tangga Fyna Jebat yang terpalit dengan isu pergaduhan bersama madu di sebuah restoran pada Isnin.
“Salam, tolong padam gambar saya sebab saya tak ada kena mengena dengan masalah keluarga ini.
“Maaf kerana tidak sensitif mengenai hal ini kerana saya sendiri tidak tahu dan diberitahu terlebih dahulu,”ujar Janna.
Terdahulu, media melaporkan kedua-dua isteri bekas jurulatih bola sepak, Dato’ Zainal Abidin Hassan iaitu Datin Zalina Zaini (isteri pertama) dan Fyna Jebat (isteri kedua) bergaduh di sebuah restoran sekitar jam 2 pagi di Shah Alam.
Difahamkan, punca pergaduhan adalah disebabkan isteri pertama berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.
Malah, tidak tahu bahawa wanita berkenaan telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.