Hiburan
Azhar Sulaiman Izinkan Leona Kahwin Tahun Hadapan - "Syaratnya, Tolong Pastikan Bakal Suami..."
Pelakon Azhar Sulaiman tidak menghalang sekiranya anak perempuannya, Kasih Iris Leona bercadang mahu menamatkan usia muda untuk berumah tangga.
BERITA BERKAITAN: Iqbal Zulkefli Habiskan RM1 Juta Seminggu, Azhar Sulaiman Kata Angkuh, Tuan Badan Tegur - “Maafkan Saya, Abang Perlu Baca Penuh Baru Tahu Tujuan”
BERITA BERKAITAN: Musim Artis Cerai Buat Azhar Sulaiman Rasa Takut - “2024 Tahun Yang Buruk Kepada Ramai Pasangan Yang…”
Bagaimanapun, Azhar dalam hantaran di Instagram menetapkan syarat kepada bakal suami anaknya itu.
"Happy New Year Mekna (Leona).
"Kalau awak behi (ingin) sangat nak nikah tahun depan, tak apa. Tolong pastikan bakal suami awak tak kisah asap rokok terutamanya dalam kereta, bukan vegetarian dan okay dengan muzik bergenre Rave," katanya.
Dalam pada itu, Azhar turut menetapkan syarat kepada Leona bahawa bakal suaminya itu juga perlu mendapat restu daripada dua adik-beradiknya yang lain iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin.
"Mesti diterima oleh The High Council iaitu Kasih & Rees juga," ringkasnya.
Sebelum ini, Leona pernah meluahkan hasrat untuk berkahwin tahun depan.
Bagaimanapun Leona mengakui belum mempunyai kekasih hati meskipun masih berharap untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2025 menjadi kenyataan.
Azhar, 53, sebelum ini pernah memberitahu Gempak dia menerima keputusan anaknya itu dengan baik dan percaya Leona mempunyai matlamat sendiri dalam hidup.
Azhar mengakui dirinya merestui sesiapa sahaja yang menjadi pilihan puterinya namun berharap agar jejaka berkenaan mempunyai sijil dalam bidang akademik.
Must-Watch Video