Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Azhar Sulaiman Nafi Tumpang Populariti Kasih Iris Leona - “Itu Cara Saya Menegur Dalam Bentuk Jenaka”

Asyikin Mayudin
23/04/2024 00:55 MYT
Sering menjadikan kontroversi anaknya sebagai bahan, pelakon Azhar Sulaiman menafikan dia menumpang populariti anaknya, Kasih Iris Leona yang juga pempengaruh media sosial.

Ada Cara Nak Tegur

Azhar bagaimanapun menegaskan setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk menegur anak-anaknya.

“Kalau saya tidak aktif di media sosial, boleh orang cakap hendak menumpang populariti Leona. Bukan memuat naik perkongsian setiap hari, malah segala isu yang timbul saya ulas.

“Jadi apabila timbul kontroversi atau isu mengenai anak saya sendiri, takkan saya berdiam diri dan tidak menjadikannya sebagai bahan. Jadi komen macam mana nak diberikan kepada anak-anak? Seperti Aliff Syukri dimarahi oleh ibunya ke?

“Ada dua pendekatan sebenarnya, satu teguran yang diberikan di media sosial dalam bentuk jenaka dan satu lagi adalah teguran di rumah dalam bentuk nasihat untuk mendidik.

“Ada saja saya menegur, janganlah bangkitkan kemarahan orang ramai, apatah lagi tidak sesuai untuk orang beragama Islam. Namun bukan semua kita jadikan ‘content’ kerana air muka anak juga perlu dijaga,” kata Azhar.

Teguran Secara Berjenaka

Tambah Azhar lagi, teguran dan nasihat yang disampaikan kepada anak gadisnya itu ditukarkan dalam bentuk jenaka.

“Contohnya ayat seperti, kalau nak berparti boleh, tapi jangan muat naik di media sosial. Walaupun ada yang mempersoalkan perkongsian yang saya muat naik, tapi itu cara saya menegur dalam bentuk jenaka.

“Kadang kala, teguran itu bukan saja buat anak saya. Mungkin ada diluar sana juga mendapat manfaat daripada jenaka yang diselitkan elemen mesej itu,” kata Azhar.

Terdahulu, Leona, sering menjadi perhatian netizen apabila kerap dikecam kerana memuat naik foto dan video dengan penampilan mencolok mata.

Penampilan Leona sering dianggap keterlaluan sebagai seorang anak kepada selebriti dan juga wanita beragama Islam.

Azhar menerusi satu perkongsian dalam Instagramnya sebelum ini pernah menzahirkan rasa dilema apabila mendakwa setiap ibu bapa pasti mempunyai masalah yang dicetuskan anak-anak termasuk dirinya.

Pelakon itu bagaimanapun reda dengan segala masalah yang ditimbulkan, sementelah sikap mereka tidak seteruk yang berlaku pada zaman mudanya dahulu.

BERITA TRENDING: Leona Terkejut Netizen Tegur Pelat, Azhar Sulaiman Respons - “Leona Macam Ni Sebab Ianya Adalah Sejenis Penyakit Keturunan”

BERITA TRENDING: Pernah Raih Anugerah Pandu Puteri & Pengakap Laut Raja, Pencapaian Lama Leona Bikin Netizen Tergamam - “Girl Power With…

#Azhar Sulaiman #Kasih Iris Leona #Anak Azhar Sulaiman #Leona Azhar #Azhar tegur Leona
;