,
Hiburan

Azhar Sulaiman Sokong Kalau Leona Kahwin Muda, Hanya Harap Bakal Menantu Ada Sijil Dalam Bidang Akademik

Firdaus
23/09/2024
13:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman menyatakan dia menyokong seandainya anak perempuannya, Kasih Iris Leona mahu mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

Anggap Leona Ada Matlamat

Menurut aktor berusia 53 tahun itu, dia menerima keputusan tersebut dengan baik dan percaya Leona mempunyai matlamat sendiri dalam hidup.
"Saya berkahwin pada usia 25 tahun. Bayangkan kalau saya tidak berkahwin waktu itu, mungkin sehingga sekarang saya masih membujang.
"Saya percaya Leona mungkin sudah dapat apa yang dia nak sehingga mahu berkahwin pada usia muda. Mungkin juga dia sudah membayangkan untuk mempunyai keluarga sendiri.
"Sebagai bapa saya bersyukur dia nak berkahwin, Alhamdulillah. Namun saya belum bersedia untuk menjadi datuk pada masa sekarang, tapi kalau ada cucu pasti mereka akan gembira sebab saya ada banyak anak patung di rumah," katanya.

Bakal Menantu Perlu Ada Sijil

Bercerita lebih lanjut, Azhar mengakui dirinya merestui sesiapa sahaja yang menjadi pilihan puterinya namun berharap agar jejaka berkenaan mempunyai sijil dalam bidang akademik.

"Apa yang penting bakal menantu saya perlu mendapat persetujuan saya dan isteri terlebih dulu. Kemudian saya mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan akademik.

"Ini kerana, akademik sangat penting dan mustahak walaupun ada yang sukar mendapat kerja sekarang ini. Sekarang sijil penting, kalau tiada tak boleh buat apa," ujarnya.

BERITA TRENDING: Pelakon Baru Idamkan Trofi Oscar, Ini Reaksi Azhar Sulaiman - “Poyo Betul…”

​BERITA TRENDING: Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"

​BERITA TRENDING: Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

BERITA TRENDING: Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

Terdahulu, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memberitahu dia ada memasang niat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Kasih Iris Leona Azhar, 22, berkata, dia masih tidak mempunyai calon suami, namun tetap berharap mahu mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Percaya Hanya Allah Penentu Rezeki Anak, Walau Mampu Buat IVF - "Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka”

gempak
07/11/2024
15:25 MYT
Jelas Janna, mempunyai wang yang banyak dan mampu untuk membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) tidak menjamin baginya untuk mendapat zuriat.
Hiburan

Jalani Hidup Bersama Anak-Anak Lepas Sah Cerai, Idzham Ismail Fokus Urusan Di Rumah - “Anak Pun Dah Faham, Kita Jalan Depan Yuk Kids”

gempak
07/11/2024
06:50 MYT
Umum mengetahui pelakon Idzham Ismail sah bercerai dengan bekas isteri, Siti Nur Abilah, selepas Mahkamah Syariah Klang mengesahkan lafaz cerai pada Isnin lalu.
Terkini

Che Puan Juliana Evans Dorong Tengku Kamaliah Jadi Anak Seni - "Saya Tiada Masalah Kalau ..."

gempak
06/11/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans tiada halangan sekiranya puteri sulung kesayangannya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah ingin terlibat dalam dunia seni.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Titip Pesanan Untuk Janna Nick, Anggap Perjalanan Nak Jadi Ibu Adalah Unik - “Saya Berumur 41 Tahun Ketika…”

gempak
06/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim turut memberi kata-kata semangat kepada pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang terkesan dengan komen negatif netizen melibatkan zuriat.
Hiburan

Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

gempak
06/11/2024
01:25 MYT
Video pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila menerima komen netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan turut membuatkan rakan selebriti berasa sebak.
Unitar