Laman Utama

Azhar Sulaiman Tak Kisah Leona Hidup Bermadu, Tapi Ada Syarat; “Kalau Ada Masalah Jangan Kecoh 1 Malaysia…”

gempak
Shahrin Zulkifle
21/01/2023
03:00 MYT
Sponsor Banner
Azhar Sulaiman Tak Kisah Leona Hidup Bermadu, Tapi Ada Syarat; “Kalau Ada Masalah Jangan Kecoh 1 Malaysia…”

Sebelum ini pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memaklumkan dirinya pernah dituduh menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Malah tuduhan tersebut telah mengundang rasa marah bapa kepada Leona iaitu pelakon Azhar Sulaiman.

BACA: Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen; - “Taktik Baru Scammer Ni…”

Bagaimanapun baru baru ini aktor tersebut memberitahu dia tidak kisah sekiranya anak perempuannya itu ditakdirkan hidup bermadu suatu hari nanti.

Namun jelasnya ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang itu ingin mengahwini anaknya.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Azhar telah menyenaraikan syarat tersebut buat bakal suami Leona dan antaranya perlu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi selain tahu menghormati orang tua.

“Pertama, saya terima sesiapa saja asalkan ada Degree dalam pelajaran.

“Kedua, pastikan hormat dan jaga maruah anak saya serta keluarga.

“Ketiga, kalau ada masalah, uruskan masalah awak sebaiknya dan jangan sampai kecoh satu Malaysia.

“Keempat, akur jodoh dan ajal di tangan Allah SWT,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, perkongsian aktor berusia 52 tahun itu telah mendapat pelbagai respon daripada wargamaya.

Bagaimanapun menerusi tinjauan Gempak, perkongsian tersebut telahpun dipadamkan.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024