Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video ‘Bikini Putih’ Kasih Iris Leona - “Saya Berasa Bersyukur Sangat…”
Asyikin Mayudin
31/05/2023 03:50 MYT
31/05/2023 03:50 MYT
Susulan tular video memperlihatkan anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona memakai bikini putih, pelakon Azhar Sulaiman tampil memberi maklum balas berhubung perkara itu.
Menerusi video di TikTok, Azhar melahirkan rasa syukur apabila anaknya bertindak untuk memadam video tersebut dan enggan memanjangkan lagi isu itu.
"Saya tak sempat tengok video bikini putih (milik Leona). Tapi apa-apa pun, saya berasa bersyukur sangat Leona dan padam video itu dan tidak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya.
Sebagai ibu bapa, sudah pasti Azhar juga mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya selain mengharapkan Leona akan belajar daripada kesilapannya.
"Seperti ibu bapa yang lain, kami berharap yang terbaik untuk anak-anak kan. Saya harap Leona akan belajar perkara ini segera," ujarnya.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar Leona dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.
“Insya-Allah setiap doa ibu ayah akan sampai ke anaknya. Leona muda lagi, kehidupan kite semua tak sama, Insya-Allah mana tahu dia berubah lebih baik daripada kita.
“Saya pun bakal ada anak perempuan jadi tak nak judge banyak-banyak sebab jaga anak perempuan ni memang besar ujiannya. Semoga Mami terus sihat!
“Moga Allah angkat doa-doa kita sebagai parent. Ingin yang terbaik untuk anak-anak dunia akhirat,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story) , Leona memuat naik beberapa gambar dan video menyaksikan dia dan rakan-rakannya sedang bercuti di Warleigh Weir, United Kingdom.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah pemakaian yang digayakan Leona agak mencolok mata apabila dia dilihat mengenakan bikini berwarna putih sehingga mendedahkan sedikit lurah payudara serta bahagian punggung.
undefined