Perselisihan faham antara Fathia dan Zarina Anjoulie (Anju) yang sedang hangat diperkatakan mendapat perhatian pelakon veteran Azhar Sulaiman.

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Azhar menasihati Fathia dan Anju supaya tidak bertelingkah antara satu sama lain di media sosial kerana boleh menjejaskan karier mereka sebagai selebriti.

BERITA TRENDING: "I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff

"Sebagai abang, saya nasihatkan kamu berdua. Pertengkaran secara terbuka hanya mendatangkan aura buruk dan persepsi kurang baik kepada orang ramai terhadap kerjaya sebagai pelakon," tulisnya.

Dalam pada itu, Azhar turut menitipkan pesanan supaya menyelesaikan masalah itu di belakang kamera dan bukannya di khalayak ramai.

"Jadi tolong gaduh belakang kamera okay. Behar dan yang lain terkesan bila netizen label kita semua macam hampas," tulis Azhar.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

PILIHAN PEMBACA: "Orang Tak Nak Berkawan Dengan Dia Sebab Dia Busuk Hati" - Zarina Anjoulie

Terdahulu, perselisihan faham antara Anju dan Fathia berlaku selepas Anju menyifatkan aktres Ariana Rose itu sebagai seorang yang busuk hati apabila dia memuat naik beberapa siri hantaran mengutuk fizikal isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson.

Hantaran itu menyebabkan ramai netizen membuka kisah silam antara Fathia dan Aiman hingga wargamaya melabelkan aktres tersebut sebagai seseorang yang masih belum ‘move on’.

Sumber: Instagram