HIBURAN
Azharina Jadi Suara Anak Seni Di 1st ASEAN Women’s Conference
Penyanyi Azharina Azhar sekali lagi mengharumkan industri seni tanah air apabila dijemput sebagai panelis di 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) baru-baru ini.
Sebagai satu-satunya wakil anak seni di pentas forum denga tema 'Women in Humanity and Culture', Azharina berkongsi pengalaman lebih dua dekad dalam dunia seni serta penglibatan aktif dalam kerja kebajikan.
“Saya terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan makanan asas seperti beras kepada ibu tunggal dan anak-anak di kawasan Puchong. Bantuan ini memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dan sering terpinggir dalam masyarakat,” kata Azharina.
Antara usaha lain yang pernah digerakkan termasuk Konsert Amal Maya Azharina & Friends pada 2021 yang berjaya mengumpul dana untuk membantu mangsa banjir di Sabah.
Dalam pada itu, kata Azharina, muzik turut dijadikan medium memperkasa wanita, antaranya melalui lagu-lagu seperti Hey Lelaki, Realiti, dan Cinta Kita Selamanya yang sarat mesej kekuatan dan ketabahan.
Antara pencapaian lain termasuk kejayaan dalam pertandingan nyanyian, penerbitan dokumentari, serta pengiktirafan sebagai Tourism Icon of The Year (Celebrity) di Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards 2022.
“Saya berasa sangat bersyukur kerana dipilih untuk menjadi panelis di persidangan ini. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga, apabila dapat berkongsi pentas dengan wanita-wanita luar biasa dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei.
"Mereka hadir dengan aura positif yang luar biasa dan banyak memberi inspirasi kepada saya,” ujar Azharina.
Turut serta di pentas forum ialah Ms Jumriati Abdullah dari Kelab PERWIRA Malaysia dan Puan Sri Datin Prof. Dr. Liana Lim, tokoh budaya daripada keluarga Diraja Budaya Nusantara.
“Saya berterima kasih kepada IKSnita terutamanya YBhg. Datuk Dayang Khatijah Datu Haji Bachtiyal selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan juga pihak UiTM Sabah.
"Saya harap persidangan seperti ini akan diteruskan kerana ia membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk menyuarakan pendapat, berkongsi inspirasi, dan membina jaringan sokongan kukuh di peringkat serantau," katanya.
Persidangan ini turut dihadiri oleh tokoh kenamaan seperti Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib serta berlangsung dengan pelbagai sesi pembentangan, forum panel dan jaringan kerjasama melibatkan peserta dari seluruh ASEAN.