Advertorial
Azil & Azal Bergaduh, Zarina Zainuddin Pernah Panggil Polis Datang Ke Rumah
Pelakon Zarina Zainuddin, 47, mendedahkan pernah menghubungi anggota polis untuk datang ke rumahnya bagi meleraikan pergaduhan dua anaknya, Muhammad Razil Azrail (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal), 21.
Kata Zarina, kedua-dua anak istimewanya itu bergaduh menggunakan pisau dan khuatir kejadian lebih buruk berlaku sekiranya tidak dibendung dengan segera.
"Pernah satu masa mereka (Azil dan Azal) bergaduh sampai bawa pisau naik bilik. Jadi, ketika itu saya terpaksa panggil pihak polis untuk meleraikan keadaan," katanya menerusi temubual bersama Datuk Siti Nurhaliza dalam rancangan terbaharu, Inspirasi Taqwa.
Azil juga pernah membuatkan Zarina buntu apabila anak lelakinya itu menghilangkan diri ketika mereka sekeluarga berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota sempena membuat persiapan menyambut Aidilfitri beberapa tahun lalu.
"Kami sedang mencari baju raya ketika itu tiba-tiba Azil hilang. Cari punya cari sampai pusat beli-belah itu tutup rupa-rupanya dia berada di dalam bilik persalinan sambil membelek surat khabar.
"Mendengar suara saya barulah dia mahu buka pintu," cerita Zarina tentang pengalaman dia membesarkan dua orang cahaya mata yang menghidap Autisme.
Kedua-dua anak lelakinya itu pada asalnya membesar seperti bayi normal walaupun dilahirkan tidak cukup bulan namun, selepas tiga tahun barulah Zarina menyedari anak-anaknya mempunyai masalah Autisme.
Zarina kemudiannya mengambil inisiatif untuk berhenti berlakon seketika bagi memberikan tumpuan kepada pendidikan awal Azil dan Azal.
Kisah luar biasa kecekalan Zarina membesarkan anak-anaknya itu diceritakan dalam episod pertama program bual bicara Inspirasi Taqwa yang dihoskan oleh Datuk Siti Nurhaliza.
Inspirasi Taqwa dibawakan oleh Vivo. VIVO V5S | Selfie Sempurna. Ditayangkan setiap hari Rabu pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.
Must-Watch Video