Hiburan
"Azil Dah Boleh Makan" - Alhamdulillah, Anak Zarina Zainuddin Selamat Jalani Pembedahan Hidung
Dalam satu entri di Instagramnya beberapa hari lalu, Zarina Zainuddin berkongsi tentang keadaan anaknya Azil. Menurut Zarina, dia mendapat mesej daripada suaminya tentang Azil yang sukar bernafas.
"Baru sekejap suami saya mesej katanya Azil susah nak bernafas akibat dia selalu pukul hidungnya.
"Doktor bagitau kesan dari menangis yang lama dan berpanjangan juga mengganggu sistem pernafasan Azil," tulis Zarina.
Pada entri berikutnya pula Zarina berkongsi bahawa Azil sudah dimasukkan ke hospital, perlu berpuasa sebelum menjalani pembedahan hidungnya pada keesokan harinya.
"Get well soon sayang ibu. Azil setelah operation keluarkan darah beku," tulis Zarina pada satu entri video lainnya.
Kelmarin Zarina memuat naik satu lagi video di entri Instagramnya memberitahu Azil sudah mula boleh makan.
Menurut Zarina, pembedahan tersebut dijalankan untuk membuang tulang hidung Azil yang patah sepanjang 1 inci. sama-sama kita doakan semoga Azil yang juga mengidap autism supaya cepat sembuh daripada pembedahannya.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video