Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Azil Dah Boleh Makan" - Alhamdulillah, Anak Zarina Zainuddin Selamat Jalani Pembedahan Hidung

Badrul Hashim 24/04/2019 | 08:53 MYT
Dalam satu entri di Instagramnya beberapa hari lalu, Zarina Zainuddin berkongsi tentang keadaan anaknya Azil. Menurut Zarina, dia mendapat mesej daripada suaminya tentang Azil yang sukar bernafas.
"Baru sekejap suami saya mesej katanya Azil susah nak bernafas akibat dia selalu pukul hidungnya.
"Doktor bagitau kesan dari menangis yang lama dan berpanjangan juga mengganggu sistem pernafasan Azil," tulis Zarina.

Admited malam ni esok operation jam 10.30 pagi.. azil kena puasa start jam 12mlm kalau bangun dia lapar for sure dia nak makan ..aduhaii doakan azil selamat menjalani operation esok ya ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Pada entri berikutnya pula Zarina berkongsi bahawa Azil sudah dimasukkan ke hospital, perlu berpuasa sebelum menjalani pembedahan hidungnya pada keesokan harinya.

? get well aoon sayang ibu #azilazal #azil #autism #autismawareness Azil serelah operation keluarkan darah beku

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

"Get well soon sayang ibu. Azil setelah operation keluarkan darah beku," tulis Zarina pada satu entri video lainnya.
Kelmarin Zarina memuat naik satu lagi video di entri Instagramnya memberitahu Azil sudah mula boleh makan.

Azil dah boleh makan ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Menurut Zarina, pembedahan tersebut dijalankan untuk membuang tulang hidung Azil yang patah sepanjang 1 inci. sama-sama kita doakan semoga Azil yang juga mengidap autism supaya cepat sembuh daripada pembedahannya.
Kredit Gambar: Instagram
#Anak #Zarina Zainuddin #Azil
;