Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz akui terkejut selepas melihat penampilan baru rakan baiknya, Cik Manggis yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam.

Baru-baru ini, Cik Manggis mendedahkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya sejak beberapa hari yang lalu.

BACA: “Tiada Paksaan, Ia Ikhlas Datang Daripada Hati” - Cik Manggis Akui Sudah Berhijab

Ketika dihubungi Gempak, Azira berkata Cik Manggis sudah lama berhasrat untuk bertudung.

"Sebenarnya dia memang dah berhasrat lama. Semua ni kami dah berborak antara sama sendiri. Tapi saya pun terkejut yang dia tampil bertudung secara tiba-tiba.

"Dia tak ada kongsi apa-apa pun padahal baru jumpa berbincang pasal persembahan kami. Cuma dia ada kongsi foto imej baru, dari situ yang saya tau.

"Akhirnya..Saya sangat gembira untuk dia," katanya.



Sementara itu, pelakon drama Pia menyerahkan kepada Cik Manggis untuk membuat keputusan dalam soal menari ketika tampil membuat persembahan.

"Selepas ini persembahan kami akan seperti biasa. Cuma pasal menari tu saya tak nak komen apa-apa la. Saya hormat dengan keputusan yang dia buat," katanya lagi.

BACA: “Masya-Allah Sister!” - Cantiknya Cik Manggis Berhijab, Netizen Doa Semoga Istiqamah​