Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Azizah, Latifah, Juwita, Zaiton… Tampil Koleksi Guna Nama Klasik Wanita Melayu, Jenama Hijab Popular Ini Terima Pujian Netizen!

Azwa Rahman
23/08/2019 10:27 MYT
Jenama tudung popular, dUCk meraikan Hari Kemerdekaan tanah air dengan mengeluarkan koleksi shawl The Merdeka dUCk untuk penggemarnya.

Menariknya sambutan tahun ini, enam nama klasik wanita Melayu digunakan melambangkan setiap rekaan berbeza bermotifkan flora.

Dengan nama-nama klasik wanita Melayu ini, setiap helaian memberi makna patriotik bersempena bulan kemerdekaan.



Hadir dalam material sutera satin, enam koleksi tersebut terdiri daripada Azizah (flora biru), Latifah (flora turquoise), Juwita (flora pastel hijau), Faridah (pastel bunga ungu), Saloma (klasik hitam putih) dan Zaiton (bunga oren pastel).

Biar pun baru sahaja dilancarkan semalam di laman sosial, tiga koleksi iaitu Azizah, Faridah dan Juwita telah laris terjual secara online!

Di laman Instagram The Duck Group juga, setiap nama dan motif ini menerima pujian daripada netizen.



“Saya cukup tersentuh apabila sesuatu itu bercirikan patriotik dan tradisional. Teruskan usaha. Inilah cara terbaik untuk mengekalkan kebudayaan dan kesantunan gadis melayu,” puji seorang netizen.

“Cantiknya! But harap harga dia tak mencecah RM620 lah!” komen seorang netizen berjenaka.

“My mom, Azizah, 69 tahun. Seorang pejuang penyakit kanser, seorang perwira! Saya akan beli tudung ini untuk mak saya. Her birthday is next month!” kata seorang netizen menghargai ibunya.

Koleksi The Merdeka dUCk ini boleh mula didapati di semua butik dUCk bermula esok.
#Hijab #Fashion #Klasik
;