Azizi Chunk Adnan Terkena Serangan Strok – “Keadaan Beliau Semakin Stabil, Sudah Dipindahkan Ke Wad Biasa…”
Fiza Kamarudin
18/04/2021 04:04 MYT
18/04/2021 04:04 MYT
Pengarah terkenal Azizi 'Chunk' Adnan, 47, kini semakin stabil selepas lebih seminggu dimaksudkan Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Damansara kerana serangan strok.
Isteri kepada pengarah 10 Tips Tipu Bini itu, Delaila Adnan berkata keadaan suaminya ketika ini semakin stabil.
"Selepas seminggu ditempatkan di ICU suami saya dimasukkan ke wad biasa. Paras darah tinggi dan kencing manis sudah makin okey.
“Berbanding masa awal-awal serangan strok mulut jadi herot dan percakapan beliau juga tidak jelas. Alhamdulillah sekarang ini sudah boleh jamah makanan, cakap pun okay dah,” katanya.
Sehubungan itu, Delaila memohon untuk membawa suaminya keluar hospital.
"Kalau tak ada aral, minggu depan sudah boleh balik ke rumah. Pihak hospital juga ada sarankan untuk membeli katil khas supaya memudahkan proses penjagaan di rumah," katanya.
Tambah Delaila sebelum serangan strok Azizi berada dalam keadaan baik Cuma mengadu keletihan.
"Malam sebelum kejadian dia ada mengadu terlalu penat dan sepatutnya memberi ceramah pada keesokan harinya.
"Tiba-tiba ketika dia ke bilik air, saya terdengar dia panggil nama saya. Namun saya sempat mencapainya sebelum dia terjatuh.
“Selepas itu aya cuba dudukkan dia. Malah cuba menghubungi anak kami yang berada di luar. Tetapi akhirnya terpaksa panggil ambulan dan dikejarkan ke hospital terdekat di rumah," katanya.