Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Azizulhasni Awang Tiba Di Tokyo, Terima Ribuan Doa Netizen - “Buktikan Ikan Singgang & Budu Boleh Bawa Balik Emas”

Azwa Rahman
26/07/2021 04:29 MYT
Pelumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang telah tiba di Tokyo, Jepun bagi mengambil bahagian di dalam kejohanan sukan Olimpik edisi Tokyo 2020.

Menurut Azizulhasni, dia yang tiba di Lapangan Terbang Narita perlu melalui beberapa proses prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebelum dibawa ke perkampungan atlet lumba basikal di Izu.

Azizulhasni yang ditemani pasukan olahraga dan terjun merupakan rombongan atlet terakhir yang berangkat ke Tokyo bagi kejohanan sukan Olimpik ini.

“Alhamdulillah selepas 7 jam setengah penerbangan dari KLIA, kami telah sampai di lapangan terbang Narita. SOP amat ketat disini dan kami perlu melalui beberapa check point sebelum dapat melepasi kaunter imigresen. Tetapi semua ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan semua.

“Kami perlu menunggu selama 1 jam setengah untuk jadual bas seterusnya yang akan membawa kami ke Izu di daerah Shizouka yang perjalanannya akan mengambil masa selama 3-4 jam lagi.



“Sudah tentu sedikit penat tetapi ini adalah sebahagian daripada perjalanan kami untuk menggapai kejayaan.

“Walaubagaimanapun, saya tetap bersemangat dan amat teruja apabila telah menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit ini. Bahangnya kian terasa dan semangat perjuangan semakin membara,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Azizulhasni turut mengharapkan semua rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kontinjen Malaysia dalam misi memburu pingat di acara sukan berprestij ini.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan maju jaya dan mengharapkan pelumba yang menerima jolokan The Pocket Rocketman ini dapat membawa pulang pingat emas buat negara.

Semoga beroleh kejayaan. Bawa pulang gold medal untuk negara dan semangat serta doa mengiringi team Malaysia disana. Aamin,”doa seorang wargamaya.

All the best Datuk, semoga dipermudahkan perjalanan ke Izu. Hasrat saya tidak kesampaian untuk ke sana memberikan sokongan kepada Datuk. Tiket dah beli tetapi terpaksa di'return'kan,” luah seorang wargamaya.

Good luck the pocket rocket man. Semoga berjaya membawa balik pingat emas olimpik untuk Malaysia. Insyaallah. Kami sentiasa mendoakan kejayaan saudara,” ujar seorang wargamaya.

Alhamdulillah, ingat Datuk, buktikang ikang singgang dan budu bulih bawok balik pingak mas pertama Malaysia. Doa, solat fardhu dan solat hajat jangang luper Jijoe,” tulis seorang wargamaya.

Selamat maju jaya diucapkan. Kilauan emas bersinar di bumi matahari terbit, gapai dan bawa balik untuk rakyat Malaysia. Kami mendoakan kejayaan semua,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Azizulhasni akan bertanding bagi acara sukan berbasikal trek (Sprint dan Keirin) yang dijadualkan akan berlangsung pada 4 dan 7 Ogos ini.
#Azizulhasni Awang #Tokyo2020 #Sukan Olimpik Tokyo
;