Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

Azlan & Hidayu Selamat Diijabkabulkan, Gembira Masalah Selesai - “Kami Akan Jaga Anak Yang Sakit Ini..”

Umirah Halim 28/05/2024 | 13:06 MYT

Pasangan kekasih tular, Mohd Azlan Ishak dan Nor Hidayu Halim selamat diijabkabulkan pada pukul 6.10 petang tadi.

Majlis berlangsung dengan baik

Berita tersebut disahkan oleh jurunikah pasangan tersebut iaitu, Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Alor Setar, Kedah, Muhammad Hazamer Muslim.

“Majlis tadi berlangsung dengan baik pasangan itu selamat diijabkabulkan sekitar 6.10 petang dengan sekali lafaz.

“Pengantin perempuan iaitu Hidayu berwakilkan bapanya sendiri, disaksikan dua saksi iaitu imam ustaz Fahmi Mahamad dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid ini, Rusli Ahmad,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Sementara itu, pengantin perempuan, Hidayu bagaimanapun memberitahu bahawa dia berasa gembira kerana masalah ini dapat diselesaikan dan memaklumkan akan menjaga anak nya itu dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Hidayu turut menafikan dakwaan yang dilontarkan oleh orang ramai yang mengatakan dia adalah seorang penagih dadah.

“Dengan pernikahan ini saya gembira dapat selesaikan masalah ini, kami akan jaga anak yang sakit ini dengan sebaik mungkin.

“Saya reda dengan apa kecaman orang, apa salah yang saya buat hanyalah Allah SWT.

“Anak saya sakit itu betul, tapi yang komen saya penagih tu memang tak betul sebab saya pun sudah test urine bersama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan urin saya negatif.

“Itu yang saya sedih sebab ada yang cakap saya penagih, tapi saya dah buktikan dah dekat AADK,” tambahnya.

Majlis akad nikahnya bersama suaminya itu telah diadakan di Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Alor Setar, Kedah.

Untuk rekod, Azlan dan Hidayu tular selepas gambar mereka membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal meraih perhatian ramai.

Selepas kisah tular itu, timbul pula cerita kurang enak apabila Azlan dan Hidayu diarahkan berpisah kerana duduk sebumbung tanpa hubungan perkahwinan.

Berita Trending: Pasangan Tular Nikah Petang Ini, Keluarga Taja Baju Pengantin & Solekan - "Saya Rasa Nervous, Gembira & Sedih"

Berita Trending: Pasangan Tular Bawa Bayi Pakai Alat Pernafasan Sudah Isi Borang Nikah
#Viral #Nikah #Tular #Pasangan #Selamat
;