Isu nafkah anak antara penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta nampaknya masih tidak berkesudahan.

BACA: “Jaga Anak Tanggungjawab Bersama Walaupun Dah Cerai Berai!” - Dah Bayar Duit Nafkah Baru Kak Lina Boleh Move On

Menerusi entri terbaru di laman Instagram Elly, pelantun lagu Bungaku Bakawali ini menyindir Azmi yang didakwa tidak membayar nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini berusia 2 tahun.

Rmi menyayangimu & mnghargaimu manja??? . @azmi_hata buat apa tu ? Nafkah anak dah berbulan - bulan x bayo ni . Ajak kakak lina ke Mahkamah, byk pula duit bayar lawyer . Nafkah anak yg hanya RM1500 liat bebenor nak membayonyewwwww . Motor heley deveksen vroooom vroooom ade pulak duit nak membayooo bulan2 . Meh kakak lina nak nasihat .. ye kakak lina fhm @azmi_hata nak manja dgn kakak lina ye .. xpe meh kakak lina manjakn dgn bg sebungkus buah fikiran . Klu rasa motor heley deveksen tu punca x mampu nak membayo nafkah anak, meh kakak lina ajo mcm mana nak membuatnya . Pegi le juai motor tu, abih cerita .. selese masalah . Kakak lina syak @azmi_hata mesti setuju dgn sebungkus buah fikiran yg kakak lina bg ni kan? . #CadanganDiTutup #JanganNakMemandaiMintaOpenCadangan #hessetekkkkkHananiDahMaiiiii #HeleyDeveksenSangkutKatBahu #penapisKoyakIkatPakaiGetah #DuitBekepokSimpanNakPergiMana #ShootingSampaiKeSingaporeTapiDuitAnakHilangIngatan #BilaRayaTeTibaPulihIngatanKauJaga #SekarangFahamTengahHilangIngatanPadaSefhia #RayaNantiTibaHeartBrokenKauTauLahHeartBrokenSampaiKatHidungKau #KuihSaguSedapDiMakanWaktuSupperTanpaAir #CucuqKodokKeras #MesinJahitJenamaTiger #HananiRambutKuihLompangPakNgahMerajuk #BesiBBqHiasDiDinding #IkanMasinJemurPakaiKelipBaju #LangsirTigaLapisKamu #RumahSewaBuatRumahShooting #IkanBuntalSiPlannerJanam #MangkukTingkatLetakSambalKentangIkanBilisBetul #PiringTerbangPotongPokok #PakuPayungLekatBawahKasutBetul

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on


“Ramai menyayangimu dan menghargaimu manja. @azmi_hata buat apa tu? Nafkah anak dah berbulan-bulan tak bayar ni.

“Ajak Kakak Lina ke mahkamah, banyak pula duit bayar lawyer. Nafkah anak yang hanya RM1500 liat bebenar nak membayarnya.

“Motor Harley Davidson vroooom vroooom ada pulak duit nak membayar bulan-bulan. Meh Kakak Lina nak nasihat.. Ya Kakak Lina faham @azmi_hata nak manja dengan Kakak Lina ya.. Tak apa, meh Kakak Lina manjakan dengan bagi sebungkus buah fikiran.

“Kalau rasa motor Harley Davidson tu punca tak mampu nak membayar nafkah anak, meh Kakak Lina ajar macam mana nak membuatnya. Pergilah jual motor tu, habis cerita... Selesai masalah.

“Kakak Lina syak @azmi_hata mesti setuju dengan sebungkus buah fikiran yang Kakak Lina bagi ni kan?” tulis Elly panjang lebar.

Seperti kebiasaan, Elly turut meletakkan pelbagai hashtag dalam entri tersebut.



Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, pernah bernikah dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.

Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.

BACA: Kongsi Tarikh Anniversary, Faye Kusairi Dapat Baby Boy!

Menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 9 April lalu, Faye turut melahirkan bayi lelaki sulung pada tarikh sama yang diberi nama Alif Azmi.

BACA: “Comelnya Alif...”- Peminat Teruja Faye Kusairi Kongsi Foto Bayi

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elly & Carian Google