Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Azmi Hatta Tidak Akan Berjumpa Anak Selagi Elly Tak Berubah

Ahmad Shah 18/10/2016 | 15:45 MYT
Pengarah Azmi Hatta menegaskan untuk tidak berjumpa dengan anaknya Putri Sara Sefhia selagi bekas isterinya, Elly Mazlein tidak berubah sikap.
Azmi Hatta atau nama sebenarnya Azmi Mohd Hata,41, akui sudah lama tidak bertemu anaknya dan berharap agar dia dan Elly segera berdamai.
"Saya boleh katakan, sudah lama saya tidak berjumpa dengan anak perempuan saya itu.
"Saya menetapkan untuk berjumpa dengan anak saya selepas Elly berubah untuk tidak terus menimbulkan sebarang provokasi.
"Saya harap dia berubah dan tidak melakukan provokasi atau menyindir saya sehingga saya berasa tidak senang untuk melawat anak saya.
"Namun saya berdoa agar satu hari nanti kami boleh berdamai kerana saya sudah 'move on' dan akur jodoh kami tidak panjang tapi tidak guna juga kami berbalah,"katanya kepada Astro Gempak.
Terdahulu, mahkamah memberi hak lawatan kepada Azmi sebagai bapa seminggu sekali untuk berjumpa dengan anaknya.
Sementara itu, Azmi memberitahu kekasihnya Faye Kusairi bukan orang ketiga dalam rumahtangga mereka sebelum ini malah punca utama perceraiannya juga selama ini adalah kerana sikap cemburu buta Elly.

"Elly seorang wanita yang kuat dengan sikap cemburu. Sesiapa sahaja wanita atau artis yang bekerjasama dengan saya pasti saya dituduh curang.

"Kami bertengkar kerana sikap cemburu butanya sehingga baju saya ditarik sampai koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan pelakon Nelydia," jelasnya.

Azmi menceraikan isterinya ketika sedang hamil pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang selepas 11 bulan berumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak, perempuan yang lahir pada 9 Mac lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

#Elly Mazlein
;