HIBURAN
Azmi Jamsari Beri Pendapat Tandas Tak Sepatutnya Letak Dalam Rumah, Mengundang Makhluk Halus - “Lepas Tu Bising Kena Kacau…”
Pengacara, Azmi Jamsari berpendapat tandas tidak sepatutnya diletakkan di dalam rumah memandangkan tempat itu sinonim dengan makhluk halus.
Tandas dikaitkan dengan makhluk halus
Azmi menerusi video yang tular di TikTok juga turut menyatakan rasa kesal apabila masyarakat kini seolah olah menormalisasikan kehidupan moden sehingga melupakan amalan-amalan bagi mengelakkan daripada gangguan makhluk halus.
“Kenapa tandas dalam rumah? Padahal itu tempat tinggal dorang (makhluk halus), kita bawa dia masuk dalam rumah.
“Kita mengamalkan budaya hidup siapa? Kita ambil mudah kehidupan yang diamalkan orang lain,” ujarnya.
Tambah Azmi lagi, perubahan gaya hidup yang tidak selari dengan nilai dan amalan tradisi Melayu lama juga menjadi antara punca utama berlakunya gangguan tersebut.
Struktur pembinaan rumah
Kata Azmi, masyarakat dahulu lebih berhati-hati dalam soal penempatan dan struktur rumah, termasuk tidak membina tandas di dalam rumah kerana percaya ia boleh mengundang makhluk halus.
“Bagi saya itu tamadun di mana benda itu telah diasingkan siap-siap, kita pula letak benda tu (dalam rumah) normalize kan benda tu.
“Lepas tu bising kena kacau, kena himpap, padahal… Dalam bilik ada toilet, kalau kena kacau pun, kau masuk memang tandas dekat situ.
“Itu rumah dia, kau duduk berjiran dengan dia, nak complain apa. Untuk mengelakkan dibisik-bisik itu, kita kena jauhkan.
“Sebab itu rumah orang melayu asal dulu pun memang tandas dekat luar dan amalan amalan untuk mengelakkan benda benda makhluk ni, maghrib tutup tingkap, tutup pintu, kita tak,” jelasnya.
Berikut merupakan video penuh Azmi:
@ashhrapp_channel Kita pun tak perasan benda macam ni #fyp #seram #podcastseram #ceritahoror #detik12malamtv3 ♬ original sound - Ashhrapp Channel
Must-Watch Video