"Aku speechless," demikian reaksi penyampai radio ERA, Nabil Ahmad ketika menerima panggilan video dari Azmi Saat untuk menyertai pasukan Kaki Bangku Nabil.

Dalam panggilan video itu, Azmi sendiri menawarkan dirinya untuk menjadi salah seorang pemain pasukan Nabil.

"Ini orangnya, nak try boleh tak?" soal Azmi.

Nabil yang terkejut dan terkedu menerima tawaran tersebut untuk meletakkan Azmi dalam kumpulannya.

"Kau nak join Mi? Mestilah boleh kau kawan aku kot. Aku terharu sampai tak tercakap. Boleh Mi, betul ni? Cantiklah...

"Nanti aku datang ambil kat rumah. Kau ada boot bola kan?" katanya sambil berseloroh.

Tambah Nabil lagi, dia seakan-akan speechless ketika Azmi menawarkan dirinya.

"Dalam ramai-ramai orang, Azmi nak main (bola) dengan aku nanti? Tak tahu nak cakap apalah. Ini tanda setia kawan, sahabat!" katanya.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)


Stesen Radio Nombor 1 ERA akan mengadakan perlawanan Bola Sepak istimewa buat Geng Kaki Bangku antara penyampai radio ERA yang tidak mahir bermain bola iaitu Nabil Ahmad dan juga Haniff Hamzah.

Nabil dan Haniff telah selesai mencari pasukan mereka untuk beraksi di padang pada Rabu, 24 Januari ini.

Perlawanan sengit Geng Kaki Bangku ini akan menentukan siapakah anata mereka berdua adalah kaki bangku yang sebenar. Saksikan secara langsung di TikTok live ERA dan juga dengarkan 3PagiERA untuk mendengar perlawanan tersebut.