Enjin carian terkenal dunia Google telah menyenaraikan 10 individu yang paling dicari oleh rakyat Malaysia.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna telah berkongsi senarai tersebut dan selebriti dari Indonesia Vannesa Angel menduduki tempat pertama.

Nama Vanesaa, 27, menjadi sebutan ramai sekitar awal tahun 2019 kerana terbabit dalam sindiket pelacuran atas talian dan telah ditangkap di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia.

Antara beberapa nama selebriti tempatan turun tersenarai iaitu pelakon Emma Maembong di tangga ketiga, Aliff Aziz di tangga keempat manakala aktor kacak Ben Amir berada di kedudukan keenam.

Tahun 2019 turut menyaksikan pelbagai kontroversi antaranya video lucah yang dikatakan mirip seorang menteri dan bekas pembantunya.

Kontroversi itu meletakkan Azmin Ali berada di tangga kedua paling dicari dan bekas pembantunya Haziq Aziz di kedudukan ke-9.

Terdahulu, tiada ahli-ahli politik dalam senarai individu paling dicari pada tahun 2016 dan 2017.

Namun, bekas perdana menteri Najib Razak mendahului senarai personaliti paling dicari pada tahun 2018.

Selain itu, PU Abu Sufyan yang terpalit kontroversi rumah tangganya berada di kedudukan terakhir.