,
Laman Utama

Azriel Hermansyah Dedah Pernah Dibuli Anak Ahmad Dhani, El Rumi

Maliah Surip
11/09/2021
12:40 MYT
Anak lelaki komposer dan penyanyi Anang Hermansyah dan Krisdayanti, Azriel Hermansyah membuat pengakuan mengejutkan baru baru ini.
Azriel saat itu berbicara dengan sahabat lama dari zaman persekolahannya, Mulki, menerusi saluran YouTube Ngobrol Asix.
Dalam perbualan itu, Azriel mengenang zaman persekolahan termasuk mengaku sering menjadi mangsa buli daripada pelajar lain yang lebih senior.
Malah adik Aurel Hermansyah itu mengatakan dia masih dibuli walaupun sudah masuk ke peringkat sekolah menengah.
"Sikap senioriti di sekolah tu tebal sangat. Bayangkan saya bukan hanya dibuli oleh pelajar tingkatan tiga tetapi juga dari tingkatan dua," ujarnya seperti dilaporkan Insertlive.
Azriel kemudian melanjutkan bicaranya dengan mendedahkan salah satu sosok yang pernah membulinya pada zaman persekolahan dulu adalah anak kepada rakan selebriti ibu dan ayahnya.
"Iya (dibully) dan si El tuh. El kan kuat membuli saya," papar Azriel.
"El siapa?" tanya Mulki.
Azriel pun menegaskan sosok El yang dimaksud adalah El Rumi. Dia adalah anak kedua pasangan Ahmad Dhani dan Maia Estianty.
Terkejut dengan pengakuan tersebut, rakan Azriel itu menyangka El adalah hanya nama samaran dengan huruf L, tetapi Azriel dengan tegas menyatakan EL yang dimaksudkannya adalah El Rumi.
"El Rumi lah. Kan satu sekolah," tegas Azriel.
Menurut Azriel, dia tidak mempunyai masalah untuk membongkar hal tersebut menerusi podcastnya.
Malah dia juga berharap agar satu hari dapat menemubual dan berbicara secara dekat dengan El Rumi pada masa akan datang.
"Saya okay untuk beritahu dia pembulinya. Siapa tahu nanti dia sudi jadi tetamu saya," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Hiburan

Intan Najuwa Tak Setuju Ada Budaya Buli Di Set Lakonan - " Lebih Baik Tak Payah Kerja”

gempak
20/11/2024
08:55 MYT
Menurut Intan, sepanjang dia menceburi bidang lakonan dia tidak pernah dibuli dengan mana-mana pelakon yang lebih senior dan kebanyakan daripada mereka hanya memberi teguran untuk menambah baik kualiti lakonannya.
Hiburan

“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu

gempak
18/11/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan aktres, Siti Nordiana berpendapat setiap individu yang berkeinginan untuk memasuki dunia seni, mereka seharusnya memiliki jiwa yang kental.
Unitar