Azrinaz Mazhar Hakim Beri Bayangan Mahu Anak Kulit Putih Melepak

Syafiqah Jalal
September 12, 2018 05:59 MYT
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim beri bayangan mahu menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu.
Azrinaz memberitahu jika dikurniakan anak lagi, dia berharap mahu bayi yang berkulit cerah.
“Asah skill (dukung bayi) lama tak digunakan. Kita kasi tajamkan balik. Lama tak practise..
“Harap-harap nanti kalau ada rezeki putih melepak macam ini (bayi dalam foto yang didukungnya) lah ye,” katanya.
Azrinaz yang merupakan bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu memberi bayangan tersebut menerusi entri terbaharunya di Instagam (IG).
Dalam entri tersebut dia memuat naik beberapa keping fotonya bersama seorang bayi yang didukung.
Rata-rata pengikutnya turut berdoa agar apa yang dihajati termakbul.
Azrinaz bernikah dengan Fairos Khan Abdul Hamid dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz pada 1 Mei lalu.
Azrinaz pernah bergelar isteri kepada Sultan Brunei selama lima tahun.

Beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin pada 2005 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan sepasang cahaya mata Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.

#Anak #Azrinaz Mazhar Hakim #Baby #Cahaya Mata