Hiburan

Azrinaz Mazhar Hakim Pertama Kali Berpisah Dengan Anak-Anak, Anggap Bukan Keputusan Mudah – “Kali Ini Saya Kuatkan Hati”

gempak
Khairil Khusyairi
18/12/2024
15:20 MYT
Sponsor Banner
Azrinaz Mazhar Hakim Pertama Kali Berpisah Dengan Anak-Anak, Anggap Bukan Keputusan Mudah – “Kali Ini Saya Kuatkan Hati”
Bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazhar Hakim memaklumkan dia dan suami pertama kali berenggang dengan anak-anaknya selepas mereka dilahirkan.

Pertama Kali Berenggang

Menurut Azrinaz, keputusan untuk mengerjakan ibadah umrah bersama suami tersebut bukanlah suatu keputusan yang mudah.

“Ini adalah pertama kali saya dan suami berpisah dengan anak-anak semenjak mereka dilahirkan 5 tahun lalu.

“Sejujurnya ia bukan keputusan yang mudah bagi saya untuk meninggalkan mereka apatah lagi mereka tidur bersama kami setiap malam,” kongsinya.

Umrah Terakhir Pada 2019

Kongsi Azrinaz lagi, perancangan untuk ke Kota Suci adalah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat lagi namun dia belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak.
“Memang niat untuk ke Kota Suci Makkah sejak selepas PKP tamat tapi apakan daya saya belum kuat untuk meninggalkan mereka yang masih kecil.

“Kali terkahir kami mengerjakan ibadah Umrah pada 2019 ketika Malaykha dalam kandungan 4 bulan,” kongsinya.

Serah Kepada Yang Maha Esa

Dalam pada itu, Azrinaz turut memohon doa agarnya urusan ibadah umrahnya bersama suami dipermudahkan.

“Insya-Allah kali ini saya kuatkan hati, tawakal dan serahkan kesemua urusan anak-anakku dalam penjagaan Allah S.WT.

“Kerana ini adalah panggilan dariNya yang tidak dapat ku lepaskan. Sesungguhnya apa yang akan dan tidak berlaku adalah kehendakNya.

“Kami mengambil peluang ini untuk memohon maaf atas segala kekurangan, terkasar bahasa, mohon halal segala-galanya. Semoga Allah makbulkan segala doa kita,” tutupnya.

Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya pada 1 Mei 2018.
Hasil perkahwinan, Azrinaz dan suami dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan Atheera Medinah, 3.

ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin Sekeluarga Berangkat Tunai Umrah, Doa Urusan Dipermudahkan - “Alhamdulillah Tahun Ini Allah Izinkan Kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024