gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Pernah Terberak Atas Pentas Di China, Tiada Siapa Tahu Kecuali...” - Jessie J
HIBURAN
Abang Kunci Mulut, Minta Beri Masa Untuk Muntazar Ghufran Beri Kenyataan - “Boleh Beri Kami Sedikit…”
HIBURAN
Netizen Persoal Tindakan Saidah Kamarudin Dedah Punca Putus Tunang - “Awak Layak Memilih Tapi Janganlah Buka Aib Si Lelaki”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Azrinaz Mazhar Hakim Titip Ucapan Istimewa Buat Putera Abd Wakeel - “Mommy Tak Pernah Lupa…”

gempak
Khairil Khusyairi
02/06/2025
11:54 MYT
Sponsor Banner
Azrinaz Mazhar Hakim Titip Ucapan Istimewa Buat Putera Abd Wakeel - “Mommy Tak Pernah Lupa…”
“Tidak, Mommy tidak pernah lupa tarikh lahirmu. Mampukah seorang ibu melupakan kesakitan yang ditanggungnya semasa melahirkan?”
Itulah kata-kata penuh emosi daripada bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazhar Hakim kepada anak lelakinya, Putera Abd Wakeel Bolkiah sempena ulang tahun kelahiran ke-19.
Menerusi muat naik di Instagram, Azrinaz meluahkan rasa rindu terhadap putera sulungnya itu.
“Tiada kata-kata yang cukup lembut untuk menampung betapa dalamnya rasa rindu ini terhadapmu. Tiada jam yang mampu menghitung setiap detik yang telah kuhabiskan membayangkan senyumanmu, suaramu, dan irama tawamu yang pernah menghidupkan rumah ini yang kini terlalu sunyi.
“Kita terpisah sewaktu kamu masih kecil, ketika kamu belum cukup dewasa untuk mengenal erti perpisahan. Namun, perpisahan itu ibu rasai sepenuhnya dan kesunyian itu ibu pikul hingga kini.
“Aku hanya mampu memerhati dari kejauhan saat tahun-tahun berlalu, tidak pernah cukup dekat untuk berbisik betapa bangganya aku terhadapmu, dan bagaimana aku telah meraikan setiap langkahmu yang kudengar walau hanya dari bayang-bayang yang diam,” coretnya.
Tambah Azrinaz, kerinduan dan kasih sayangnya terhadap Abd Wakeel tak pernah padam.
“Ibu tak mampu mengubah apa yang telah berlaku, tapi ibu tetap menyimpan harapan agar satu hari nanti, hidup akan menghadiahkan kita babak yang lebih lembut. Babak di mana suara ibu bukan lagi sekadar kenangan, tetapi hadir nyata untuk kamu capai, jika kamu mahu.
“Ibu akan menunggu, dengan tangan yang sentiasa terbuka dan hati yang tidak pernah berhenti menyayangimu dan merindui kehadiranmu,” tutupnya.
Terdahulu, Azrinaz pernah bergelar isteri kepada Sultan Brunei, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.
Selain Putera Abd. Wakeel, perkahwinan Azrinaz bersama Sultan Brunei itu turut diserikan dengan seorang anak perempuan iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan, Azrinaz dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 6 dan Atheera Medinah, 4.
Topic Berkaitan
#Anak
#Azrinaz Mazhar Hakim
#Istimewa
#Ucapan
#Putera Abd Wakeel
Must-Watch Video