Azrinaz Puji Chef Wan Jaga Ibu Penuh Kasih Sayang

Elrafaei Sapi
Ogos 27, 2018 12:50 MYT
Selebriti popular, Datuk Chef Wan membuktikan beliau seorang anak yang menyayangi dan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.
Sifat itu diakui bekas personaliti TV terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim yang berkongsi keperibadian Chef Wan dalam menjaga ibunya yang mengidap penyakit dementia.
Ujarnya, hubungan antara ibu dan anak itu mengingatkan kepada hadis Rasulullah SAW iatu Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu.
"Penghormatan tertinggi buat Datuk Chef Wan atas kemesraan, cinta dan perhatiannya terhadap ibunya yang mengidap dementia.
"Chef Wan tak pernah rasa jemu dan penat melayan mak beliau, malah tak kekok untuk dibawa bersama ke mana-mana majlis keramaian dan keraian," katanya.
Dalam status itu, Azrinaz turut memuat naik fotonya ketika bersembang dengan Chef Wan bersama ibunya dalam satu majlis.
Azrinaz juga memuji sikap Chef Wan yang bangga untuk berkongsi kebahagiaannya bersama dengan orang tersayang.
"Malangnya, ramai juga anak muda sekarang yang tak pentingkan orang tua sendiri, dengan lebih mementingkan kawan-kawan, which is so uncool!
"Saya sentiasa pencaya apabila anda melayan ibu bapa seperti raja dan permaisuri, anda tidak akan salah langkah, pada bila-bila masa di mana jua," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @azrinazmazharhakim
#Azrinaz Mazhar Hakim #Chef Wan