Hiburan
Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Kongsi Wajah Anak
Pelakon Azwan Kombos akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya, Harum Dalia yang dilahirkan pada 6 Disember lalu.
Selain Azwan, isterinya aktres Ezzaty Abdullah juga berkongsi foto anaknya menerusi entri terbaru di Instagram (IG) hari ini.
Foto berkenaan juga turut diserta dengan kapsyen:
“Assalamualaikum @harumdalia,” tulis azwan
“#throwback sewaktu berumur 7 hari @harumdahlia,” tulis Ezzaty pula.
Menerusi ruangan komen, pengikut IG memuji dan terpikat dengan wajah comel Harum.
Mereka juga mendoakan agar Harum membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.
Foto: Instagram @azwankombos & @ezzatyabdullah
Teks oleh: Mya Amri