gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lesap Lepas Terima RM1,400! Ramai Dedah Lelaki Sama Jadi ’Ejen Rumah Scammer’ Sejak 2019 - “Meyakinkan…Siap Tunjuk IC Dan Perjanjian...”
HIBURAN
Mahu Backup Mulan, Ahmad Dhani Selongkar Temu Bual Lama Maia, Siap Letak Label 'Fitnah' & Suruh Move On
HIBURAN
Azza Segan Nak Berborak Dengan Yusry KRU, Hormat Lisa Surihani - "Kita Pun Tak Gemar Orang Cakap Dengan Laki Kita"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Azza Segan Nak Berborak Dengan Yusry KRU, Hormat Lisa Surihani - "Kita Pun Tak Gemar Orang Cakap Dengan Laki Kita"

Amri Hassan
Amri Hassan
01/07/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Azza Segan Nak Berborak Dengan Yusry KRU, Hormat Lisa Surihani - "Kita Pun Tak Gemar Orang Cakap Dengan Laki Kita"
Penyanyi dan usahawan, Azza Elite kongsi rasa segannya nak bertegur atau berborak dengan komposer dan penyanyi terkenal Datuk Yusry Abdul Halim sepanjang perkenalan mereka.
Jelas Azza dalam satu perkongsian di Thread, Yusry yang dikenali sebagai individu pendiam yang jarang bergambar, apatah lagi nak berbual.
"Kitonyo segan... kalau tak ada apa nak cakap memang tidak la bercakap. Lagi pun menghormati isteri dia, Datin Lisa. Kita pun tak gemar orang cakap dengan laki kita, oleh itu kita jangan suka-suki cakap dengan suami orang... walaupun boss kita," tulis Azza.
Walaupun segan, Azza tetap teruja bila dapat peluang berduet dengan penyanyi popular itu atas pentas.
"Apa pun Dato Yusry, terima kasih ajar Azza nyanyi masa part Azza. Dah la duet dengan dia. Maceh bang Dato," tambah Azza.
Azza bersama kumpulannya ELITE berkongsi pentas dengan Yusry ketika mengadakan konsert GenKRU - Live in Singapore pada hujung minggu lalu.
Dalam perkembangan lain, Konsert Elite Live ‘25 akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 20 September depan.
Topic Berkaitan
#Lisa Surihani
#Yusry
#KRU
#Elite
#Azza
#Borak
#Segan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement