Laman Utama
Azzam Sham Takut Dengar Banyak Berita Bunuh Diri – “Waktu Ini, Waktu Susah Untuk Kita Semua, Tapi…”
Penyanyi, Azzam Shah meluahkan kebimbangannya mengenai kes bunuh diri yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.
Azzam menerusi hantarannya di laman sosial Instagram (IG) berkata, walaupun pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terkesan namun putus harapan bukanlah jalan terbaik.
“Saya takut dengar banyak berita bunuh diri sekarang ni. Saya tahu waktu ini waktu susah untuk kita semua.
“Tetapi ingat, putus harap bukan jalan yang terbaik dalam kehidupan kita sekarang ni,” katanya.
Tambah Azzam lagi, meskipun berada dalam tekanan, tetapi muhasabah diri dan sentiasa mengingati orang yang menyayangi kita adalah penawarnya, disamping memanjatkan doa kepada Allah SWT.
“Ramai yang tengah depression tapi ingat ramai jugak yang sayangkan korang semua. ! Mostly keluarga kawan-kawan semua.
“Please doa banyak-banyak…Sabar apa-apa keputusan balik pada Allah SWT ya,” katanya.
Sejak akhir-akhir ini kes bunuh diri semakin kerap berlaku dan dikongsikan di media sosial dan rata-ratanya menurut laporan media, disebabkan tekanan hidup.