Laman Utama

“Baba Minta Maaf Kalau Baba Tak Cukup Baik…” - Sharnaaz Ahmad Mahu Jadi Terbaik Untuk Jebat

gempak
Mya Amri
30/08/2021
06:47 MYT
Sponsor Banner
“Baba Minta Maaf Kalau Baba Tak Cukup Baik…” - Sharnaaz Ahmad Mahu Jadi Terbaik Untuk Jebat
Pelakon Sharnaaz Ahmad berharap anak lelaki kesayangannya, Jebat Jayden Ahmad membesar dengan baik.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Sharnaaz membuat coretan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran Jebat yang ketiga.
“Baba sayang cek, baba akan sentiasa berada di sisi dan di belakang tidak kira betapa susahnya kehidupan.
“Dan baba minta maaf kalau baba tak cukup baik untuk awak. Tetapi baba akan cuba sehabis daya untuk memenuhi impian awak.
“Hari ini boy dah tiga tahun, akan mula membesar dengan pantas dah.
“Baba hanya mahu meletakkan di sini jadi awak akan tahu… Awak akan meningkat usia dan membesar dengan bijak.
“Tetapi awak tetap akan menjadi spiderman kecil baba yang gemarkan ayam bakar, skeleton, spiderman dan perempuan cantik.
“Selamat ulang tahun Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad. Selamat ulang tahun untuk baba juga.
“Satu-satunya anak saya dan sentiasa menjadi nombor satu. Kepada yang nak apply jadi mak tiri, boleh hantaq resume pada ceo @jebatjayden,” coretnya.
Sharnaaz berkahwin dengan usahawan yang juga merupakan kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila pada 31 Mac 2017.
Bagaimanapun pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkahmah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Noor Nabila kemudiannya bertemu dengan cinta hati baharu, Engku Emran dan dijabkabulkan pada 18 Mac lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024