Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Baba Tak Mampu Beli kereta Mewah” Altimet Hadiahkan Akaun Pelaburan, Ajar Anak Simpan Duit

Mya Amri 09/07/2020 | 09:13 MYT
Penyanyi rap terkenal Altimet menghadiahkan akaun pelaburan buat anak lelakinya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-14.
Altimet berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
Menurut Altimet itu merupakan salah satu cara untuk memupuk sifat menabung dalam diri anaknya.
“Selamat ulang tahun anakku. Baba tak mampu nak belikan kau kereta mewah, pergi tempat best-best tapi mampu berikan kau pengalaman-pengalaman yang mampu tolong kau jadi manusia yang lebih baik dari baba.
“Untuk ulang tahun ke -14 ni baba hadiahkan kau akaun pelaburan dan masukkan seratus ringgit. Lepas tu pandai-pandai la kau laburkan duit kau dari sekarang untuk masa depan kau,” tulisnya.

Terima kasih kerana mengajar aku jadi lelaki. Selamat ulang tahun, Anakku. Baba tak mampu belikan kau kereta mewah, gi tempat best2 bagai, tapi mampu bagi kau pengalaman2 yg akan tolong kau jadi manusia yang lebih baik dari Baba. Untuk ulang tahun ke 14 ni, Baba hadiahkan kau akaun pelaburan @wahedinvest, dah masukkan seratus ringgit.. Pastu, pandai2 la kau laburkan duit kau dari sekarang utk masa depan kau, jadi kau tak bergantung kat meminjam & terlibat dlm sistem tiba’. Remember, my son, compound interest is a magical thing. #truekingsraisenewkings #generationalwealth #seedsformyseeds #myhouse

A post shared by Altimet (@altimet) on

Terdahulu, Altimet juga dikenali sebagai antara artis yang kurang gemar mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum.
#Altimet #Altimet
;