Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Berdasarkan tinjauan Gempak di laman Twitter, kali ini, rata-rata netizen yang telah menonton filem kegemaran ramai itu mengagumi kualiti filem tersebut dan menyamakannnya dengan filem antarabangsa.

Antara perkara yang dikagumi adalah teknik penggambaran yang digunakan dalam babak lawan, barisan pelakon dan mesej-mesej berguna yang dapat dijadikan teladan.









Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.