Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
DRAMA

Babak Elina Ditolak Timbul Tanda Tanya, Ramai Yang Pause & Replay Semata Nak Cari Siapa Pelaku - “Aku Tekan Pause Ulang Banyak Kali Weh”

Khairil Khusyairi 29/01/2025 | 07:50 MYT
Drama bersiri popular Curang Tanpa Niat (The Office Wife) semakin hangat apabila trailer episod minggu ke-6 menampilkan babak cemas yang menjadi tanda tanya besar dalam kalangan penonton.

Babak Elina Ditolak Buat Ramai Emosi

Dalam babak tersebut, watak Elina lakonan Mira Filzah dilihat jatuh secara tiba-tiba selepas ditolak seseorang.

Namun, identiti si pelaku tidak didedahkan sepenuhnya, menyebabkan netizen tidak senang duduk.

Penonton Sanggup Pause & Replay

Lebih menarik, penonton sanggup play dan pause trailer berkali-kali untuk cuba mencari petunjuk siapa sebenarnya yang bertanggungjawab.

Malah menjengah ke ruangan balas, ada juga yang lengkap dengan teori masing-masing dek kerana babak tersebut.

“10x aku ulang siapa tolak elina,” komen penonton.

“Siapa yg tolak Elina tu? Dah tiba masanya abah bersikap tegas dengan Eshaal!!!,” komen netizen lain.

“UISHHH! Ulang 3000x semata nak tengok siapa yang tolak Elina tu. Kita pun ikut cemas selari background rentak vt diaa ek,” komen penonton lagi.

“Gile aku ulang tekan pause banyak kali sebab nak tengok siapa yg tolak elina tu, sumpah gilerr emosi tengok cerita niee wey,” tulis netizen lagi.

“Saya ingatkan saya sorang je yang tengok ulang2 n siap pause nak tengok siapa tolak Elina. Rupanya, semua yang tengok cerita ni semua sama,” komen netizen lain.

Adakah teori anda betul? Atau adakah ini hanya helah untuk membuatkan kita terus

menantikan jawapan? Nantikan jawapannya dalam episod penuh minggu ini.
Curang Tanpa Niat turut dibantu oleh Syukri Yahaya, Fadlan Hazim, Zaidi Omar, Fauzi Nawawi, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Kaza, Evertts Gomes, Azqa Aziz, Watie Elite, Qaiszzer Eshan dan ramai lagi pelakon hebat!
Curang Tanpa Niat (The Office Wife) boleh ditonton di Slot MegaDrama, Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Penonton juga boleh menonton drama ini melalui perkhidmatan penstriman Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Drama #Syukri #Eshaal #Curang Tanpa Niat #Elina #Mira Filzah, #Yahaya