Pengarah drama Imam Instant Ustazah Scammer, Hadith Omar tak sangka babak yang direka di saat akhir telah menjadi tular di media sosial terutama TikTok dengan jumlah tontonan mencecah 5.2 juta.

Babak pelakon Hun Haqeem sebagai imam ketika itu tertidur ketika sujud solat jemaah tarawih telah menarik perhatian sehingga mencuit hati ramai warga maya.

“Literally, idea itu datang dari saya, Hun Haqeem dan pasukan. Idea itu literally timbul beberapa minit sebelum mulakan penggambaran.

“Kami sudah set untuk adegan tersebut tetapi screenplay yang berlainan. Tetapi saya rasa macam sesuatu yang tak kena dengan screenplay sebelum itu. Kemudian saya dan Hun duduk dan bincang apa yang jadi sebelum adegan tersebut dan selepasnya.

“Sebelum itu (adegan solat dan tertidur) , dia berbuka dengan makan yang banyak. Trigger kepada saya, disebabkan pengalaman peribadi, bila makan terlampau banyak, pergi tarawih, rasa mengantuk itu sampai. Saya kemudian cadangkan… apa kata kita buat imam terlelap waktu sujud tu dan kelakar sebab ia memang boleh terjadi,” kongsinya kepada Astro Gempak.

Sempena Ramadan ini, Imam Instant Ustazah Scammer itu kini sedang ditayangkan setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro Go atau Ultra Box.

Tambah Hadith lagi adegan itu dekat dengan penonton setiap kali bulan Ramadan, lebih-lebih sewaktu solat tarawih yang Panjang.

“Saya rasa kenapa adegan itu menjadi viral sebab ia relatable kerana kebanyakan orang bila sudah kekenyangan mulalah rasa mengantuk. Apa lagi kalau Imam baca surah panjang dan rakaat yang ke20, confirm. Sebab itu orang suka adegan tersebut,” ujarnya.
@bambamstudiosmy Ahh sudah… Naya Pak Karim kalau Imam lagu ni time solat ? #sembangentertainment #fyp #imaminstantustazahsscammer ♬ original sound - Bambam Studios
Dalam pada itu, Hadith bersyukur ia menjadi trending hampir setiap minggu serta menekankan meskipun drama berkenaan berunsur islamik komedi namun ada menyelitkan banyak pengajaran yang boleh diambil.

“Selalu yang spontan yang menjadi. Saya tiada expectation. Kami cuma buat yang baik, entertain penonton dan sebarkan sedikit pegajaran yang kami paparkan. Sebab di setiap episod ada isu berlainan dan semoga penonton boleh pick up dan terhibur. Kami cuba untuk buat kejutan pada para penonton dengan apa yang ada.

“Alhamdulillah, setiap minggu trending dan peminat mula bercakap dan saya rasa apa yang kami nak buat, telah berjaya. Apa yang kami mahu hanyalah penonton berpuas hati denga napa yang kami persembahkan. Walaupun banyak kekurangan dan agak terkejar, kami cuba yang terbaik. Orang enjoy dan share.

“Hopefully dengan adanya karya ini, mampu memberi pengajaran baru. Ia merupakan proses pembelajaran. Malah saya pun banyak belajar tentang apa yang boleh dan tidak melalui drama ini. Teruskan menonton dan menyokong kami,” katanya lagi.

Selain Hun, drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Mira Filzah, Mierul Aiman yang mengisahkan mengenai Effa yang sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya demi membayar hutang.

Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu…